
Azam Taifor
Daripada seorang saintist kepada penganalisa pelaburan saham berdaftar dengan no lesen (eCMSRL/B8493/2018). Saya merupakan salah seorang remisier di Malaysia yang mempunyai lesen sebagai wakil pelaburan saham bagi urusan jual beli saham ( Dealing in Securities) dan Penasihat Pelaburan (Investment Advice) di bawah SC of Malaysia.
Minat di dalam bidang pelaburan saya bermula semenjak saya berada di pengajian degree di Rochester Institute of Technology (RIT), New York, USA. Saya bernasib baik kerana pengajian degree sebagai seorang “Scientist” juga telah disiapkan bersama minor degree di dalam bidang “Business Administration”. Minat saya di dalam bidang ini juga membuatkan saya berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam subjek “financial accounting”.
Bermula sebagai pengajian sampingan, minat membuat kajian dan kajian kewangan syarikat – syarikat di Bursa Malaysia telah mendorong minat lebih mendalam di dalam bidang perlaburan.
Pencapaian setelah 7 tahun
Selepas 7 tahun berkecimpung sebagai wakil peniagaan pasaran modal, saya terharu dan bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah diberi pengiktirafan sebagai TOP REMISIER 2021. Anugerah ini merupakan anugerah kepada pencapaian 5 remisier terbaik seluruh Malaysia bagi kategori Pembukaan akaun Syariah terbanyak sepanjang tahun 2021. Saya juga telah membuat pelbagai analisa saham termasuk saham- saham IPO yang telah memberi impak positive kepada pelabur – pelabur runcit di bawah saya.
Saya telah berjaya membawa lebih 3500 Clients bersama Malacca Securities Sdn Bhd semenjak tahun 2018 .
90 % pelabur runcit mengalami kerugiaan di pasaran saham
Usaha saya untuk mengajar pelabur runcit berdagang dengan cara professional. Ilmu seperti financial fundamental anlaysis dapat membantu mengurangkan risiko kerugiaan di dalam pasaran saham. Di dalam kajian ini, pelabur akan mula membuat kajian seperti ” company financial healt”, “company valuation”, “company profitability” dan membuat kajian sentiment melalui prospect syarikat.
Selalu saya ingatkan pelabur runcit dekat luar sana, betul berdagang saham senang nak buat duit. Tetapi kena ingat dengan pepatah seperti, melabur saham adalah ” the hardest way to make easy money”. Ya, benar. Melabur saham adalah cara paling susah untuk membuat duit mudah.
Lifetime support Group
Setiap client yang mendaftar di bawah Azam Taifor akan dijemput menyertai group perbincangan LIFETIME di channe telegram. Di dalam group tersebut, clients boleh mendapatkan maklumat secara langsung daripada Remisier Azam Taifor.
Kajian IPO Malaysia dan Hong Kong Market
Antara kelebihan Azam Taifor adalah membuat kajian fundamental. Seperti sedia maklum. Syarikat- syarikat baru IPO tidak mempunyai chart untuk membuat kajian. Pelabur perlu membuat kajian berdasarkan kajian fundamental bagi menentukan plan pelaburan IPO.
M+ Global ( Platform Trading Terbaik)
M+ Online dan M+ Global adalah platform pelaburan yang tidak perlu dibincangkan lagi. Sangat reliable sudah bertahun – tahun menang award sebagai “The Best Broker in Equities Market” bagi katergori Retail. Selain daripada trading platform yang tersangat user-friendly, Brokerage Fees juga antara yg paling rendah ditawarkan di dalam market.