Saya Azam Fikri Bin Taifor, Seorang wakil pelaburan berdaftar no lesen (ECMSRL/B8493/2018) pengkaji pasaran saham dinamik yang berasal dari Kota Bharu, Malaysia. Selama 6 Tahun pengalaman sebagai wakil pelaburan, saya telah membimbing lebih 3000 pelabur baharu memulakan pelaburan di pasaran saham.
Selain daripada wakil pelaburan yang sah, saya juga merupakan pemegang “Investment Advice” atau penasihat pelaburan yang sah di bawah SC yang membolehkan saya memberi nasihat pelaburan kepada orang awam di Malaysia. Sebagai makluman, tidak ramai wakil peniagaan pasaran modal mempunyai lesen sebagai “Investment Analyst” di dalam Malaysia. Mugkin bilangannya tidak melebihi 5 orang sahaja. Perjalanan pendidikan saya bermula dengan Ijazah Sarjana Muda Sains di dalam Bioteknologi dan Biomolekul dari Institut Teknologi Rochester (RIT) yang terkemuka di New York.
Minat saya di dalam bidang “research” membawa saya kepada pemegang Ijazah Sarjana Sains dalam Bioteknologi & Sains Biomolekul dari UPM. Program Ijazah Sarjana juga memberi pengalaman baru saya sebagai pelajar “research “ ke Kitakyushu Institute of Technonoly, Fukoaka Japan selama 7 bulan. Saya bernasib baik kerana pengajian semasa ijazah sebagai seorang “saintist” juga telah disiapkan bersama minor degree di dalam bidang “Business Administration”.
Saya bernasib baik, kerana telah mendapat keputusan cemerlang di dalam subjek “accounting” yang merupakan salah satu pilihan subjek bagi melayakan saya sebagai pemegang minor degree bidang pengurusan perniagaan. Selepas 3 tahun berkecimpung sebagai wakil peniagaan pasaran modal, saya terharu dan bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah diberi pengiktirafan sebagai TOP REMISIER 2021. Anugerah ini merupakan anugerah kepada pencapaian 5 remisier terbaik seluruh Malaysia bagi kategori Pembukaan akaun Syariah terbanyak sepanjang tahun 2021.